
Gadis-gadis
kalau pergi ke tepi pantai mestilah ada yang nak mencuba berbikini atau
pakai baju dalam sahaja. Itu tak ada masalah. Lantak koranglah. Nak
tangkap gambar ke apa up to you. Namun simpanlah buat pekasam dan
tatapan sendiri. Tak perlulah muatnaik ke laman sosial lebih-lebih lagi
jika anda seorang selebriti yang setiap langkah diperhatikan. Walaupun
tidaklah sepopular mana, tindakan Ainul Aishah yang memuatnaik gambarnya
berpakaian yang tidak sedap mata memandang telah pun mendapat kritikan.
Tidak tahan dengan kritikan tersebut, pelakon tersebut telah pun
melenting.
Agak pelik
apabila seorang selebriti tidak boleh menjangkakan kritikan yang bakal
diterima sekiranya memuatnaik gambar seperti di atas, lebih-lebih
apabila anda berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kalau dah berani
kongsikan gambar sebegitu, kenalah berani untuk pekakkan telinga dengan
kritikan. Takkanlah nak dengar puji-pujian je kan?
Foto
tersebut sebenar adalah kesan khas yang dibuat menggunakan aplikasi
suntingan gambar. Ainul kemudian memuatnaik gambar penuh pakaian yang
beliau pakai untuk penjelasan.
Sebelum
ini dunia hiburan tanah air digemparkan dengan gambar tak masuk akal
Diana Danielle yang merupakan seorang ibu dan isteri. Sedih juga
sebenarnya. Takkanlah tak mampu berfikir yang gambar sedemikian tidak
sesuai dengan masyarakat kita. Mungkin selebriti-selebriti tanah air ini
kena pergi kelas untuk belajar apa yang wajar dan tak wajar dilakukan.
Bila dah kena kritik, tahu pula marahnya sedangkan perbuatan itu in the
first place memang sekali pandang pun tahu salah. Hmmm. Tak gitu? Apa
pun terima kasih kepada Miss Leped untuk informasi ini.
0 Response to "FOTO SEKSI 'BERBIKINI' ARTIS TEMPATAN LAGI BIKIN GEMPAR"
Post a Comment