.

Wanita Berusia 87 Tahun Ini Tumbuh Tanduk Di Kepala Seperti Binatang. Lihat Gambar Selanjutnya Setelah Dipotong.





BEIJING: Doktor di China menemui keadaan kesihatan yang ganjil baru-baru ini apabila seorang wanita berusia 87 tahun mempunyai tenduk di kepalanya yang memanjang setiap tahun.

Liang Xiuzhen dari Sichuan, selatan China, menemui doktor selepas tanduk berkenaan muncul kira-kira dua tahun yang lalu dan ia semakin membesar.

Menurut laporan People's Daily Online, lapan tahun lalu, ada ketulan seperti tahi lalat besar atau ketuat di kepala Liang Xiuzhen di kawasan tanduk berkenaan tumbuh.

Ketulan itu menjadi gatal dan ahli keluarhanya menggunakan ubat herba untuk merawat tetapi dua tahun lalu, ketulan berkenaan pecah dan tanduk kecil muncul dan mula tumbuh dan membesar di bahagian kepala wanita berkenaan.

Pada awalnya ia hanya sebesar jari kelingking sepanjang kira-kira 2.54 sentimeter.

Anak wanita itu, Wang Zhaojun, berkata mereka membawa Liang Xiuzhen ke hospital tetapi doktor tidak dapat mengesan puncanya dan apabila mendapati tanduk itu tidak membesar mereka membiarkannya.

Awal tahun ini, Wang Zhaojun secara tidak sengaja menyebabkan tanduk itu patah ketika mencuci kepala ibunya dan terkejut kerana tanduk baru tumbuh malah semakin membesar dengan pantas.

Dalam masa enam bulan, tanduk itu menjadi 12.7 senitmeter panjang dengan garis pusat lima sentimeter kini kelihatan seperti tanduk haiwan.

0 Response to " Wanita Berusia 87 Tahun Ini Tumbuh Tanduk Di Kepala Seperti Binatang. Lihat Gambar Selanjutnya Setelah Dipotong."

Post a Comment