Foto panas Sheila tersebar
Bintang sinetron "Anugerah", Sheila Marcia mencetuskan
kontroversi sekali lagi selepas gambar panas miripnya tanpa seluar dalam
disebarkan di internet
.
Ibu kepada pelakon tersebut, Maria Joseph, berkata dia
tidak terkejut apabila mendapat tahu bahawa gambar panas anaknya itu
tersebar di internet, malah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri
tentang perkara tersebut.
"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang gambar tersebut," ujarnya seperti dipetik daripada Detikhot semalam.
Ibu kepada pelakon berusia 22 tahun percaya bahawa
perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang tidak suka dan ingin memalukan
anak perempuannya itu.
"Kasihan kerana mereka hanya mengotorkan diri dan hati mereka sendiri."
Gambar-gambar panas yang dimuat naik oleh seorang pengguna
Twitter yang menggunakan nama @Neen_martha menunjukkan Sheila sedang
bergambar di atas sinki di sebuah bilik mandi tanpa memakai seluar
dalam.
Sebelum ini, Sheila yang sedang hamil lima bulan pernah
mencetuskan kontroversi apabila gambar nakalnya dengan seorang jejaka
disebarkan pada April 2011.
0 Response to "Foto panas Sheila tersebar sekali lagi selepas gambar panas tanpa seluar dalam disebarkan di internet."
Post a Comment